PKG Bandar Kluang

PUSAT KEGIATAN GURU
  • Institut pendidikan & rujukan.
PENGOPERASIAN
  • Melalui kegiatan yang dianjurkan oleh guru-guru & Jawatankuasa Pengurusan PKG bagi meningkatkan mutu P & P.
MISI & VISI
  • PKG Bandar Kluang mensasarkan semua ahli sekolahnya dapat membudayakan Teknologi Pendidikan.
  • Semua guru di setiap sekolah dapat menerapkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
OBJEKTIF
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen.
  • Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan.
  • Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan PSS.
  • Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti professional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.
FUNGSI PUSAT KEGIATAN GURU
  • Membantu meningkatkan pengetahuan & kemahiran guru-guru dalam teknopen.
  • Pusat penghasilan bahan-bahan sumber P & P yang kretif & inovatif.
  • Pengumpul & penyebar maklumat terkini kepada guru-guru dan masyarakat setempat.
  • Mewujudkan situasi perkongsian bagi meningkatkan idea, pengetahuan dan kepakaran dikalangan guru-guru.
  • Membantu meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
  • Sebagai pusat aktiviti profesional pendidikan bagi guru-guru, sekolah kelompok dan masyarakat setempat melalui semangat berpasukan.

0 ulasan:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites