PKG JQA2002 Bandar Kluang

Sebuah pusat aktiviti profesional pendidikan bagi guru-guru, sekolah kelompok dan masyarakat setempat melalui semangat berpasukan

PKG JQA2002 Bandar Kluang

Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi pendidikan.

PKG JQA2002 Bandar Kluang

Membantu meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah.

PKG JQA2002 Bandar Kluang

Pusat penghasilan bahan-bahan sumber PdP yang kreatif dan inovatif.

PKG JQA2002 Bandar Kluang

Pengumpul dan penyebar maklumat terkini kepada guru-guru dan masyarakat setempat.

Monday 2 September 2013

Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013

Penarafan Tahap Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) dilaksanakan setiap tahun. Keputusan penarafan ini dlaporkan di mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM dan juga Mesyuarat Flagship Coordination Committee (FCC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr KSN.
Instrumen SSQS 2.0 ini perlu diisi oleh Pentadbir Sekolah, sama ada Pengetua / Guru Besar atau Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Perpustakaan & Media atau Guru Penyelaras Sumber Sekolah, Guru dan murid Tahap 2 (Sekolah Rendah) dan murid Sekolah Menengah.
Sehubungan itu diharap agar Guru Penyelaras Bestari (GPB) atau Guru ICT (GICT) dapat mengambil tindakan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.  Pengisian data dalam Penarafan SSQS dibuat secara atas talian (online) mulai 02 September 2013 hingga 25 September 2013.
Sila klik pautan ini untuk membuat penarafan http://ssqs2013.wordpress.com/

Sunday 7 July 2013

Bahan Bengkel Hands On Sistem Pengurusan Sekolah Daerah Kluang

Untuk mendapatkan bahan Bengkel Hands On Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Daerah Kluang, sila klik URL di bawah...

https://drive.google.com/folderview?id=0B616q1Nm7LU3dVJob3RZcXRkZ0k&usp=sharing


Thursday 14 February 2013

Perhatian Kepada Semua GPM...

Salam 1 Malaysia...

Seperti yang dinyatakan melalui surat siaran yang ditandatangani oleh Pengarah JPNJ bertarikh 2 Januari 2013(No. Rujukan : BTPN(JOH)8871/2/7(13)), memohon kerjasama dari semua GPM untuk mengemaskini data Nilam dan penarafan PSS menggunakan sistem atas talian i-Nilam dan IQPSS sebelum atau pada 28 Februari 2013. Diharap agar semua sekolah dapat menyelesaikan penarafan PSS dan proses pengemaskinian data i-Nilam selewat-lewatnya pada 25 Februari 2013 untuk memudahkan urusan PKG. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pihak PKG.





Sunday 9 September 2012

Tahniah & Terima Kasih Semua..

Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada pengurusan sekolah kelompok PKG Bandar Kluang atas kerjasama tuan/puan menyiapkan Data Pengisian SSQS bagi Tahun 2012 mengikut masa yang telah ditetapkan.


Tuesday 14 August 2012

Status SSQS terkini....

Berikut adalah status terkini penarafan SSQS bagi zon Bandar Kluang 2012. Data ini adalah sehingga 14 Ogos 2012 tepat jam 1.00pm. Tahniah kepada sekolah yang telah berjaya menyiapkan penarafan. Kepada sekolah yang masih 0%, harap dapat bertindak segera. Bagi sekolah yang masih dalam proses penarafan, teruskan usaha. Perlu diingatkan bahawa tarikh akhir penarafan SSQS adalah pada 9 September 2012Walaubagaimanapun, kami di pihak PKG amat berharap agar semua sekolah dapat melengkapkan penarafan SSQS selewat-lewatnya pada 3 September 2012. Harap maklum.



Thursday 9 August 2012

Status Penarafan SSQS Bagi Zon Bandar Kluang 2012

Berikut adalah status terkini penarafan SSQS bagi zon Bandar Kluang 2012. Data ini adalah sehingga 10 Ogos 2012 tepat jam 12.00am. Tahniah dan terima kasih kepada SK Seri Lalang, SJKC Chiau Min dan SMK Tinggi Kluang kerana telah berjaya mencapai 100%. Kepada sekolah lain, harap dapat teruskan usaha. Perlu diingatkan bahawa tarikh akhir penarafan SSQS adalah pada 9 September 2012. Walaubagaimanapun, kami di pihak PKG amat berharap agar semua sekolah dapat melengkapkan penarafan SSQS selewat-lewatnya pada 3 September 2012. Harap maklum.


Thursday 2 August 2012

Pengisian data SSQS 2012

Kepada semua GPB/GICT yang dihormati sekalian. Pengisian SSQS telah bermula pada 1 Ogos 2012, Diharapkan tuan/puan dapat menyiapkannya secepat mungkin walaupun tarikh tamatnya ialah pada 9 sept 2012 berikutan cuti sempena Hari Raya yang sudah pastinya akan menyebabkan kita melupakan SSQS buat seketika.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites