PKG JQA2002 Bandar Kluang

Sebuah pusat aktiviti profesional pendidikan bagi guru-guru, sekolah kelompok dan masyarakat setempat melalui semangat berpasukan

PKG JQA2002 Bandar Kluang

Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi pendidikan.

PKG JQA2002 Bandar Kluang

Membantu meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah.

PKG JQA2002 Bandar Kluang

Pusat penghasilan bahan-bahan sumber PdP yang kreatif dan inovatif.

PKG JQA2002 Bandar Kluang

Pengumpul dan penyebar maklumat terkini kepada guru-guru dan masyarakat setempat.

Sunday 15 April 2012

Automasi NILAM


Bengkel Tarantula di SM Sains. Dijalankan pada 08 Mac 2012.

Khidmat Bantu SMK Seri Intan


Pada 07 April 2012 Khidmat bantu telah dijalankan di SMK Seri Intan.

Sunday 8 April 2012

Pengenalan PKG


PDFCetakE-mail
Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan(PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah(PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah(PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai ajen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).

Seterusnya pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru(PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites