PKG JQA2002 Bandar Kluang

Sebuah pusat aktiviti profesional pendidikan bagi guru-guru, sekolah kelompok dan masyarakat setempat melalui semangat berpasukan

PKG JQA2002 Bandar Kluang

Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi pendidikan.

PKG JQA2002 Bandar Kluang

Membantu meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah.

PKG JQA2002 Bandar Kluang

Pusat penghasilan bahan-bahan sumber PdP yang kreatif dan inovatif.

PKG JQA2002 Bandar Kluang

Pengumpul dan penyebar maklumat terkini kepada guru-guru dan masyarakat setempat.

Sunday 9 September 2012

Tahniah & Terima Kasih Semua..

Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada pengurusan sekolah kelompok PKG Bandar Kluang atas kerjasama tuan/puan menyiapkan Data Pengisian SSQS bagi Tahun 2012 mengikut masa yang telah ditetapkan.


Tuesday 14 August 2012

Status SSQS terkini....

Berikut adalah status terkini penarafan SSQS bagi zon Bandar Kluang 2012. Data ini adalah sehingga 14 Ogos 2012 tepat jam 1.00pm. Tahniah kepada sekolah yang telah berjaya menyiapkan penarafan. Kepada sekolah yang masih 0%, harap dapat bertindak segera. Bagi sekolah yang masih dalam proses penarafan, teruskan usaha. Perlu diingatkan bahawa tarikh akhir penarafan SSQS adalah pada 9 September 2012Walaubagaimanapun, kami di pihak PKG amat berharap agar semua sekolah dapat melengkapkan penarafan SSQS selewat-lewatnya pada 3 September 2012. Harap maklum.



Thursday 9 August 2012

Status Penarafan SSQS Bagi Zon Bandar Kluang 2012

Berikut adalah status terkini penarafan SSQS bagi zon Bandar Kluang 2012. Data ini adalah sehingga 10 Ogos 2012 tepat jam 12.00am. Tahniah dan terima kasih kepada SK Seri Lalang, SJKC Chiau Min dan SMK Tinggi Kluang kerana telah berjaya mencapai 100%. Kepada sekolah lain, harap dapat teruskan usaha. Perlu diingatkan bahawa tarikh akhir penarafan SSQS adalah pada 9 September 2012. Walaubagaimanapun, kami di pihak PKG amat berharap agar semua sekolah dapat melengkapkan penarafan SSQS selewat-lewatnya pada 3 September 2012. Harap maklum.


Thursday 2 August 2012

Pengisian data SSQS 2012

Kepada semua GPB/GICT yang dihormati sekalian. Pengisian SSQS telah bermula pada 1 Ogos 2012, Diharapkan tuan/puan dapat menyiapkannya secepat mungkin walaupun tarikh tamatnya ialah pada 9 sept 2012 berikutan cuti sempena Hari Raya yang sudah pastinya akan menyebabkan kita melupakan SSQS buat seketika.

Pengisian data IQ-PSS 2012

Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua GPM kerana telah berjaya menyiapkan pengisian maklumat IQ-PSS pada tarikh yang telah ditetapkan. Bagi  GPM SJK(T) Ladang Niyor, anda dikehendaki menyiapkan pengisian data IQ-PSS selewat-lewatnya jam 11.00 pagi 03 Ogos 2012. Harap maklum.


Status Pengisian Data i-Nilam

Berikut adalah status terkini pengisian data i-Nilam bagi sekolah-sekolah di bawah seliaan PKG Bandar Kluang untuk tahun 2012. Diharap semua GPM dapat mengambil tindakan segera bagi mengisi rekod bacaan murid sehingga bulan Jun 2012 selewat-lewatnya pada 11.00 pagi 03 Ogos 2012. Untuk rekod bacaan bulan Julai, semua GPM dikehendaki membuat pengisian data secepat mungkin. Harap maklum.

Sunday 29 July 2012

Pengisian Data i-Nilam 2012

Salam 1 malaysia....
Kepada semua GPM zon PKG Bandar Kluang diharap dapat megemaskini data i-nilam selewat-lewatnya pada jam 12tgh hari, 3 Ogos 2012 kerana data akan dibentangkan di JPNJ.... Sekolah yang gagal mengemaskini akan disenaraikan oleh JPNJ dan akan diambil tindakan seterusnya. Kepada sekolah yang tersenarai dalam senarai nama dibawah haruslah bekerja lebih keras kerana data tidak dikemaskini langsung, HARAP MAKLUM. Sebarkan makluman ini kepada rakan-rakan lain. Terima Kasih

Monday 25 June 2012

Peringatan Terakhir....Perhatian Kepada Semua GPM....Harap Ambil Tindakan

Seperti yang dinyatakan pada catatan blog sebelum ini (12 Jun 2012), semua GPM dikehendaki menyemak semula status pengisian maklumat IQPSS dan i-Nilam. Semua maklumat hendaklah dilengkapkan selewat-lewatnya 27 Jun 2012. (Rekod bacaan murid hendaklah dilengkapkan sehingga Mei 2012). Tindakan akan diambil bagi sekolah-sekolah yang gagal berbuat demikian. Berikut adalah senarai sekolah yang masih belum selesai mengisi maklumat IQPSS dan i-Nilam (data sehingga 1.00 pm 26 Jun 2012)


Tuesday 12 June 2012

Tawaran untuk menyertai Task-Force khidmat bantu ICT

Makluman kepada semua Juruteknik Komputer. PKG Bandar Kluang bakal menjalankan khidmat bantu ICT ke beberapa buah sekolah di sekitar zon ini. Pihak kami memerlukan kumpulan ad-hoc seperti berikut;

1. Satu kumpulan yang terdiri daripada 6 JTK (4 lelaki & 2 perempuan)
2. Satu kumpulan yang terdiri daripada 3 JTK lelaki.

Sehubungan itu, kepada Juruteknik Komputer yang berminat, sila hantar maklumat diri (nama penuh, no. KP & nama sekolah) kepada pkgbandarkluangjqa2002@gmail.com sebelum atau pada 15 Jun 2012 (Jumaat). Keputusan pemilihan dan tarikh khidmat bantu akan dimaklumkan melalui blog ini. Harap maklum.

Laporan PUAS - Perhatian kepada semua Juruteknik Komputer (FT17)

Seperti sedia maklum, laporan penggunaan PUAS perlu dihantar ke PKG pada setiap 3 bulan. Diharap semua Juruteknik Komputer dapat bersedia dengan laporan penggunaan PUAS bagi suku tahun kedua (April-Jun 2012). Laporan perlu dihantar pada akhir bulan ini. Terima kasih atas kerjasama.

PENTING! - Pengisian maklumat IQ-PSS dan i-Nilam (Perhatian kepada semua GPM)

Merujuk kepada surat BTPN(JOH)8871/2/7(12) bertarikh 3 Mei 2012 yang ditandatangani oleh Pengarah Pelajaran Johor, adalah dimaklumkan bahawa status penarafan PSS masih belum mencapai 100%.
Kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk menyelesaikan penarafan IQPSS dan rekod data i-Nilam sebelum atau pada 20 Jun 2012. Kepada GPM yang telah mengisi data dan maklumat diharap membuat semakan semula sekiranya terdapat pembetulan.

http://iqpss.tarantula.my/
http://nilam.tarantula.my/

Tuesday 15 May 2012

Pengurusan Pusat Sumber Bersepadu (IQPSS & iNilam) Atas Talian - Perhatian Kepada Semua GPM

Merujuk kepada surat dari Jabatan Pelajaran Johor (No. Ruj: BTPN (JOH) 8871/2/7 (12)) bertarikh 3 Mei 2012, memaklumkan kepada semua sekolah untuk melaksanakan program tersebut melalui portal http://btp.tarantula.my sebelum atau pada 15 Mei 2012. Kepada yang belum melaksanakan arahan ini dikehendaki menyelesaikannya secepat mungkin. Sebarang pertanyaan, sila hubungi PKG.



Surat arahan JPNJ

SELAMAT HARI GURU



Andai guru itu sungai
itulah sungai paling bersih di dunia ini
andai guru itu pohon
itulah pohon paling rendang di dunia ini
andai guru itu bunga
itulah bunga paling harum di dunia ini
andai guru itu kata-kata
itulah kata-kata paling bernilai dalam dunia ini
guru itulah guru walau apa pun ia
mengajar kira tulis baca
dan hari ini kami menjadi manusia
TERIMA KASIH CIKGU

Sunday 15 April 2012

Automasi NILAM


Bengkel Tarantula di SM Sains. Dijalankan pada 08 Mac 2012.

Khidmat Bantu SMK Seri Intan


Pada 07 April 2012 Khidmat bantu telah dijalankan di SMK Seri Intan.

Sunday 8 April 2012

Pengenalan PKG


PDFCetakE-mail
Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan(PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah(PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah(PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai ajen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).

Seterusnya pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru(PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites