PKG JQA2002 Bandar Kluang

Sebuah pusat aktiviti profesional pendidikan bagi guru-guru, sekolah kelompok dan masyarakat setempat melalui semangat berpasukan

PKG JQA2002 Bandar Kluang

Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi pendidikan.

PKG JQA2002 Bandar Kluang

Membantu meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah.

PKG JQA2002 Bandar Kluang

Pusat penghasilan bahan-bahan sumber PdP yang kreatif dan inovatif.

PKG JQA2002 Bandar Kluang

Pengumpul dan penyebar maklumat terkini kepada guru-guru dan masyarakat setempat.

Tuesday 14 August 2012

Status SSQS terkini....

Berikut adalah status terkini penarafan SSQS bagi zon Bandar Kluang 2012. Data ini adalah sehingga 14 Ogos 2012 tepat jam 1.00pm. Tahniah kepada sekolah yang telah berjaya menyiapkan penarafan. Kepada sekolah yang masih 0%, harap dapat bertindak segera. Bagi sekolah yang masih dalam proses penarafan, teruskan usaha. Perlu diingatkan bahawa tarikh akhir penarafan SSQS adalah pada 9 September 2012Walaubagaimanapun, kami di pihak PKG amat berharap agar semua sekolah dapat melengkapkan penarafan SSQS selewat-lewatnya pada 3 September 2012. Harap maklum.



Thursday 9 August 2012

Status Penarafan SSQS Bagi Zon Bandar Kluang 2012

Berikut adalah status terkini penarafan SSQS bagi zon Bandar Kluang 2012. Data ini adalah sehingga 10 Ogos 2012 tepat jam 12.00am. Tahniah dan terima kasih kepada SK Seri Lalang, SJKC Chiau Min dan SMK Tinggi Kluang kerana telah berjaya mencapai 100%. Kepada sekolah lain, harap dapat teruskan usaha. Perlu diingatkan bahawa tarikh akhir penarafan SSQS adalah pada 9 September 2012. Walaubagaimanapun, kami di pihak PKG amat berharap agar semua sekolah dapat melengkapkan penarafan SSQS selewat-lewatnya pada 3 September 2012. Harap maklum.


Thursday 2 August 2012

Pengisian data SSQS 2012

Kepada semua GPB/GICT yang dihormati sekalian. Pengisian SSQS telah bermula pada 1 Ogos 2012, Diharapkan tuan/puan dapat menyiapkannya secepat mungkin walaupun tarikh tamatnya ialah pada 9 sept 2012 berikutan cuti sempena Hari Raya yang sudah pastinya akan menyebabkan kita melupakan SSQS buat seketika.

Pengisian data IQ-PSS 2012

Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua GPM kerana telah berjaya menyiapkan pengisian maklumat IQ-PSS pada tarikh yang telah ditetapkan. Bagi  GPM SJK(T) Ladang Niyor, anda dikehendaki menyiapkan pengisian data IQ-PSS selewat-lewatnya jam 11.00 pagi 03 Ogos 2012. Harap maklum.


Status Pengisian Data i-Nilam

Berikut adalah status terkini pengisian data i-Nilam bagi sekolah-sekolah di bawah seliaan PKG Bandar Kluang untuk tahun 2012. Diharap semua GPM dapat mengambil tindakan segera bagi mengisi rekod bacaan murid sehingga bulan Jun 2012 selewat-lewatnya pada 11.00 pagi 03 Ogos 2012. Untuk rekod bacaan bulan Julai, semua GPM dikehendaki membuat pengisian data secepat mungkin. Harap maklum.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites